Sahabat :)
Monday, 24 June 2013 | 20:56 | 0 Words
Dalam seha sibuk2 duk selongkar Google tadi, tetiba seha ada terjumpa satu keratan yang sangat menarik buat tatapan dan renungan kita sebagai sahabat/rakan/kawan kepada sahabat2 kita. Disini seha mahu kongsikan bait2 kata yang sangat menarik hati seha mengenai persahabatan . Persahabatan, persahabatan, persahabatan lagi. Memang hidup kita akan sentiasa diselubungi dengan perkataan persahabatan right? Kerana dimana2 pun kita berada, pasti kita memerlukan seseorang yang bergelar sahabat untuk sentiasa di samping kita. Baiklah .. inilah antara isi kandungannya . "Sesekali, jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan.. Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.. Jadilah kita kawannya itu.. Kita selalu melihat dia ketawa tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyakcerita sedih yang ingin diluahkan.. Disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.. Kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia mungkin kita akan tahu.." Semoga bait2 ayat nie dapat dijadikan panduan untuk kita ke arah menjadi sahabat yang terbaik. Insyaallah. :)





